welcome to my blog!

Bermula cerita sebenarnya dari hati, jadi nikmatilah ceritadarihati. Moga ada yang boleh dijadikan pengajaran, agar tidak tersadung di jalanan.

Wednesday 25 September 2013

Andai Kutahu

Andai kutahu,
Kapan tiba ajalku.
Ku Akan memohon
Tuhan tolong panjangkan umurku


Kredit lagu Ungu, andai Kutahu.

Sedap didengar.  Mendayu-dayu je iramanya.

Tapi kalau fikir balik, boleh ke buat macam tu ye?


Ada butang pause, preview, dan fast forward ke hidup ni?

Monday 23 May 2011

Siapa AKU?

     Bila duk sorang-sorang, pernah tak terlintas di kepala, siapa kita ini?
 Apa tugas kita yang sebenar?
     Pernah saya tonton sebuah filem, hero filem tu saya tak ingat siapa, tapi antara bintang utamanya adalah Angelina Jolie.  Hero filem tersebut kononnya terpilih untuk sertai satu pasukan khas.  Kononnya dialah penyelamat dunia.  yang dia pelik, ke mana sahaja dia ditugaskan,  seolah-olah dia diekori!  Last, dia dapat jejak siapa yang selalu ekori dia, dan dapat shoot spy tersebut.  Tak puas hati, dia soal spy tersebut, dan dia dapat tahu bahawa orang yang dia tembak itu adalah ayahnya yang dia cari selama ini, dan ayah dia jejakinya adalah untuk selamatkannya daripada kumpulan pembunuh upahan tersebut.  So, dipendekkan cerita, selama ini dia berkhidmat kepada kumpulan yang salah, dia berkhidmat kepada orang jahat!  Masa tu, sesal pun dah tak guna dah..Nasi dah jadi bubur....  Kalau ada sup tulang, boleh la dimakan bersama bubur tersebut, tapi ini tidak.
     Pernah tak anda terfikir, betul ke jalan yang telah anda pilih, betul ke selama ini perkhidmatan yang telah anda lakukan?  Adakah anda pasti anda berada di pihak yang benar?
     Saya ada jawapannya.
     Pada saya, manusia memang sejak azali penuh dengan rasa ingin tahu.  Sejak itulah kita dikehendaki mempunyai pegangan kita sendiri, agar apabila kita persoalkan perkara seperti ini, makan kita boleh berbalik semula kepada pegangan kita.  Saya pilih Islam, what's yours?